Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”)

ENG | BM

KOMITMEN KAMI

SANOFI bertanggungjawab melindungi data peribadi anda dan melaksanakan segala cara berkaitan yang diperlukan bagi memastikan perlindungan tersebut adalah selaras dengan Polisi Privasi Global. Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini akan menjelaskan kepada anda berkenaan tujuan dan modus di mana SANOFI memproses data peribadi anda melalui laman sesawang (www.lysosomalstoragedisease.com) (“Laman”).

APAKAH AKTIVITI PEMPROSESAN YANG DIRANGKUMI NOTIS INI?

Notis ini adalah garis panduan polisi dan tanggungjawab SANOFI-AVENTIS (MALAYSIA) SDN BHD (“Sanofi”, “kami” atau “kita”) terhadap pengumpulan, penggunaan, pendedahan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda (seperti yang dinyatakan di sini) pada Laman ini, tertakluk pada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“Akta”).

PERANAN SANOFI

Bagi tujuan Notis ini, Sanofi bermaksud Sanofi-Aventis (Malaysia) Sdn. Bhd. dan/atau semua ahli gabungan.

PENGESAHAN DAN EVOLUSI NOTIS INI

Dengan melayari Laman ini dan memberikan Butiran Peribadi anda, anda mengakui telah membaca dan bersetuju terhadap pengumpulan dan pemprosesan oleh Sanofi terhadap Data Peribadi dalam cara yang dinyatakan dalam Notis ini.

Notis ini boleh diubah oleh Sanofi dari masa ke semasa dalam terma evolusi tertentu atau perubahan undang-undang tertakluk dan/atau perlaksanaan Sanofi. Perubahan akan didapati di dalam laman ini. Anda dipersilakan untuk menyemak Notis ini dari masa ke semasa. Dengan meneruskan komunikasi dengan Sanofi atau dengan terus menggunakan Laman dan/atau berkongsi Data Peribadi anda kepada Sanofi menurut modifikasi Notis ini, anda dianggap telah menerima perubahan tersebut.

Sekiranya berlaku konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai dan dijadikan rujukan.

APAKAH DATA PERIBADI YANG DIKUMPUL OLEH LAMAN INI?

Semasa operasi, Laman ini akan mengumpul kategori-kategori Data Peribadi berikut:

  • Bagi tujuan data mengenalpasti, (1) untuk memberi akses modul dalam talian CME yang terkandung dalam Laman ini, dan/atau mata CME yang diakreditasi selepas melengkapkan modul CME: alamat emel anda, kepakaran dan/atau bahagian kepakaran, nombor kad pengenalan dan Nombor Pendaftaran Pertubuhan Medikal Medical Council Registration (MCR); dan (2) bergantung pada cara interaksi anda dan Sanofi, nama anda, maklumat untuk dihubungi (contohnya, alamat, alamat emel, nombor telefon), maklumat profesional anda (contohnya, jenis pekerjaan, syarikat anda, klinik, hospital).
  • Pesanan: anda mungkin menghantar pertanyaan melalui Laman ini.
  • Data perhubungan: sebarang maklumat berkenaan perhubungan anda dan akses pada Laman ini (contohnya, jenis mesin dan pelayar yang digunakan, perhubungan cap masa, alamat protokol Internet (IP address), laman yang dilayari, sejarah pelayaran dan lain-lain). Secara amnya, kami tidak berpaut pada alamat protokol Internet anda yang membolehkan kami mengenal pasti anda.
  • Data lokasi: maklumat yang anda berikan daripada mesin dan pelayar tentang lokasi anda jika anda membenarkan maklumat tersebut dikongsi bersama Sanofi.
  • Data berkaitan dan data yang diperolehi kuki: Sanofi mungkin menggunakan kuki pada Laman ini untuk menyimpan maklumat pada computer anda untuk menambah baik kualiti anda semasa melayari Laman kami. Dalam sesetengah kejadian, maklumat ini membantu kami mengesyorkan kandungan yang anda mungkin berminat atau membantu kami mengelak daripada bertanya tentang maklumat yang sama sekiranya anda melayari Laman ini semula. Tiada maklumat peribada yang boleh dikenal pasti dalam proses ini.

APAKAH TUJUAN LAMAN INI MENGUMPUL DATA PERIBADI?

Sebarang pemprosesan Data Peribadi mesti dilaksanakan mengikut tujuan yang ditetapkan. Atas sebab ini pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi pada Laman ini dikendalikan untuk tujuan berikut:

  • Membenarkan anda menavigasi Laman ini dan memberikan pengalaman melayari laman tersendiri semasa menggunakannya. Sanofi mungkin menggunakan kuki pada Laman ini untuk menyimpan maklumat pada computer anda untuk menambah baik kualiti anda semasa melayari Laman kami. Dalam sesetengah kejadian, maklumat ini membantu kami mengesyorkan kandungan yang anda mungkin berminat atau membantu kami mengelak daripada bertanya tentang maklumat yang sama sekiranya anda melayari Laman ini semula. Tiada maklumat peribada yang boleh dikenal pasti dalam proses ini.
  • Mengumpul data statistic pada penggunaan Laman kami untuk menjejaki jumlah penjunjung Laman ini, nombor pengunjung setiap halaman Laman, bagaimana pengunjung menavigasi Laman ini dan nama domain pembekal perkhidmatan Internet pengunjung untuk tujuan penilaian dan menambah baik Laman.
  • Mengesahkan bahawa anda adalah ahli kesihatan profesional yang berdaftar dan untuk memberikan anda akses platform CME dalam talian; untuk menghantar butiran anda kepada pihak berkuasa/institusi berkaitan yang bertanggungjawab bagi mata CME yang diakreditasi;
  • Menguruskan akaun dalam talian anda (jika ada), untuk menghantar komunikasi berkaitan, membalas sebarang pertanyaan dan kemusykilan dengan kebenaran anda, dan untuk tujuan analisis statistik.
  • Mematuhi peraturan dan perundangan yang diwajibkan terhadap Sanofi; memantau keselamatan; mengurus kejadian yang tidak diingini; melaksanakan pencegahan dan aktiviti siasatan; menjalankan formaliti pentadbiran, pendaftaran, pengisytiharan atau audit.
  • Membalas permintaan perundangan oleh pentadbiran atau pihak kehakiman berkuasa yang berkaitan dengan undang-undang; mematuhi dengan sepina, pendaftaran yang diperlukan, atau proses undang-undang.
  • Melindungi hak dan minat kami; melindungi kesihatan, keselamatan kakitangan dan premis Sanofi; menjalankan audit dalaman, pengurusan aset, sistem dan mengawal urus niaga lain; menguruskan pentadbiran urus niaga (kewangan dan perakaunan, memantau penipuan dan pencegahan); mengekalkan keselamatan perkhidmatan dan operasi kami; melindungi hak, privasi, keselamatan atau harta kami, untuk membenarkan kami menjalankan remedi yang ada atau menghadkan kemusnahan yang mungkin kami alami jika perlu; untuk melindungi diri kami terhadap perlakuan penipuan yang mungkin terjadi.
  • Menambah baik dan meningkatkan Laman; mengenal pasti corak penggunaan dan perkembangan kandungan Laman; memahami bagaimana anda dan peranti anda berinteraksi dengan Laman; menjejak dan membalas atas sebab keselamatan; mengetahui keberkesanan Laman.

Sanofi tidak akan mengumpul, mendedahkan, menggunakan atau memproses sebarang Data Peribadi kecuali jika anda secara sukarela memilih untuk berkongsi kepada kami, atau memberikan kebenaran, atau melainkan pendedahan tersebut telah dipersetujui atau diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Anda bersuka rela berkongsikan Data Peribadi kepada kami dengan Tujuan yang telah dinyatakan, jika anda enggan, kami mungkin tidak dapat (1) berkomunikasi dengan anda; atau (2) memberikan akses Modul CME dalam talian yang terkandung dalam Laman ini; dan/atau (3) Penyerahan butiran anda kepada pihak berkuasa/ institusi berkaitan yang bertanggungjawab untuk mata akreditasi CME. Jika anda memadam atau memilih untuk tidak membenarkan penggunaan kuki, sesetengah bahagian Laman kami mungkin tidak dapat berfungsi atau diakses sepenuhnya.

APAKAH DASAR YANG DIGUNAKAN LAMAN INI UNTUK MEMPROSES DATA ANDA?

Bergantung pada pemprosesan data yang dipertaruhkan, Sanofi secara amnya akan memproses Data Peribadi anda berdasarkan salah satu daripada undang-undang berikut:

  • Kebenaran utama anda: di mana anda telah menyatakan secara jelas berkenaan persetujuan anda bagi pemprosesan Sanofi terhadap Data Peribadi anda. Ini bermakna SANOFI akan meminta anda untuk menanda tangan dokumen, atau untuk mengisi dalam talian boring “opt-in” atau untuk menurut sebarang prosedur berkaitan untuk membenarkan anda mengetahui dan seterusnya menerima secara jelas atau enggan memproses Data Peribadi. Dengan menavisagi Laman ini dan, jika berkaitan, membenarkan kepada pemprosesan Data Peribadi anda menggunakan kuki (seperti Polisi Kuki kami di bawah).
  • Mematuhi undang-undang yang tertakluk kepada aktiviti Sanofi: contohnya, Sanofi harus melaksanakan prosedur pharmacovigilance untuk mengawasi kesan buruk produk dipasarkan yang mana secara umumnya merangkumi pengumpulan dan pengekalan data peribadi.
  • “Keperluan Sah” Sanofi dari segi yang berkaitan dengan undang-undang perlindungan data. Dalam kejadian ini, Sanofi haruslah mengambil kira hak dan keperluan asas anda dalam menentukan sama ada pemprosesan adalah sah dan mengikut undang-undang.

Sanofi mungkin, berdasarkan kes dengan kes, bergantung pada dasar perundangan lain, seperti perlindungan keperluan anda yang penting, yang berkaitan dengan Akta dan/atau sebarang data perlindungan undang-undang yang terbabit.

Berkenaan Data Peribadi Kanak-kanak

Dalam kejadian tertentu kami mungkin mengumpul Data Peribadi tentang kanak-kanak dengan persetujuan ibu bapa/penjaganya bagi tujuan penyediaan perkhidmatan kami seperti aktiviti klinikal atau program sokongan pesakit, kami tidak mendapatkan Data Peribadi sendiri atau memasarkan kepada kanak-kanak. Jika ibu bapa/penjaga menyedari bahawa kanak-kanak jagaan memberikan kami maklumat peribadi, ibu bapa/penjaga mestilah menghubungi kami seperti yang dinyatakan pada “Cara Hubungi Kami” di bahagian bawah. Kami akan mengambil langkah untuk memadam maklumat daripada pangkalan data menurut undang-undang tertakluk yang diperlukan.

Kebenaran daripada Pihak Ketiga

Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin memberikan maklumat peribadi yang membabitkan individu lain (seperti pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan) dan turut membabitkan anda mewakili dan menjamin bahawa anda berhak memberikan maklumat peribadi mereka kepada kami dan anda mestilah mendapatkan kebenaran mereka untuk pemprosesan maklumat peribadi mereka dalam cara yang ditetapkan oleh Notis ini.

Pautan ke Laman Sesawang Pihak Ketiga

Laman ini mungkin mengandungi pautan ke laman sesawang pihak ketiga. Makluman bahawa kami tidak bertanggungjawab atas pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian atau pendedahan maklumat dan data oleh pihak ketiga. Jika anda memberikan maklumat secara langsung kepada Laman Sesawang tersebut, maka polisi privasi dan syarat perkhidmatan Laman tersebut akan tertakluk dan kami tidak bertanggungjawab atas pemprosesan maklumat atau polisi privasi yang diamalkan oleh Laman tersebut.

DARI MANAKAH DATA PERIBADI DATANG? SANOFI AKAN SENTIASA MENGUMPUL DATA PERIBADI DARIPADA SUMBER YANG DIPERCAYAI

Sanofi mungkin mengumpul data peribadai anda daripada sumber berlainan:

  • Data yang dikomunikasikan kepada kami melalui berbagai media, melalui pendaftaran, atau interaksi bersama Sanofi secara langsung dan tidak langsung. Contohnya, data yang anda berikan untuk akses Modul CME dalam talian pada Laman untuk menghantar permintaan maklumat dan sebagainya.
  • Data yang kami kumpul secara automatik contohnya, semasa mengikuti interaksi anda bersama laman sesawang kami, platform, melalui beberapa teknologi seperti kuki.
  • Data yang kami kumpul menurut undang-undang tertakluk daripada sumber awam yang ada.
  • Data yang kami dapati secara sahh daripada pihak ketiga, contohnya jika kami memerlukan pengesahan maklumat perhubungan atau untuk mengesahkan lesen profesional penjagaan kesihatan. Dalam kes ini, secara amnya kami menerima Data Peribadi daripada pihak ketiga dalam bidang kuasa dengan privasi dan polisi perlindungan data tersendiri yang dibenarkan undang-undang.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENGAKSES DATA PERIBADI?

Atas tujuan yang dinyatakan di atas, Sanofi mungkin perlu berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga yang sah berikut:

  • Sanofi dan ahli gabungannya.
  • Rakan kongsi (Pihak profesional dan organisasi penjagaan kesihatan, pengedar, ahli-ahli penjagaan kesihatan lain dan industri farmaseutikal.
  • Pembekal bertauliah terpilih, penyedia perkhidmatan atau vendor yang berperanan mengikut arahan kami untuk selenggaraan laman sesawang, analisis data, maklumat teknologi dan peruntukan infrastruktur yang berkaitan, khidmat pelanggan, penghantaran emel, mengaudit dan lain-lain.
  • Sebarang penasihat profesional dan auditor luar, termasuklah dan tidak terhad kepada penasihat perundangan, kewangan dan perunding;
  • Pihak berkuasa undang-undang atau pentadbiran yang diperlukan oleh undang-undang termasuklah undang-undang di luar negara yang anda duduki.
  • Pengambilalih berpotensi dan pihak berkepentingan lain dalam keadaan berlakunya gabungan, penstrukturan semula operasi yang sah seperti ambil alih, usaha sama, tugasan, keluaran sampingan dan perlucutan.

Dalam apa juga keadaan, Sanofi akan memerlukan pihak ketiga terbabit:

  • Berjanji untuk mematuhi dengan undang-undang data perlindungan dan prinsip Notis ini.
  • Hanya akan memproses data peribadi untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam Notis ini; dan
  • Melaksanakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi berpatutan yang ditetapkan untuk melindungi integriti dan kerahsiaan data peribadi anda.

DI MANAKAH DATA PERIBADI MUNGKIN DIPINDAHKAN? SANOFI AKAN MEMASTIKAN PEMINDAHAN DATA PERIBADI ANDA DILINDUNGI

Sanofi ialah organisasi multinasional dengan ahli gabungan, rakan kongsi dan subkontraktor yang terletak di banyak negara seluruh dunia. Atas sebab demikian, Sanofi mungkin perlu memindahkan (melalui akses, visualisasi, simpanan, dan lain-lain) Data Peribadi anda dalam bidang kuasa lain seperti yang dinyatakan di atas.

Perlindungan data peribadi untuk pemindahan antarabangsa: Dalam kes di mana Sanofi perlu menghantar data peribadi bagi tujuan yang dinyatakan di atas, perlindungan mencukupi hendaklah dipastikan seperti yang diperlukan di bawah perundangan perlindungan data yang berkenaan akan dilaksanakan.

Atas sebab ini khususnya, bagi pemindahan data peribadi antara kumpulan untuk kajian klinikal dan tujuan pharmacovigilance, Sanofi telah melaksanakan dan tertakluk pada
Peraturan Mengikat Korporat” yang disahkan oleh EU Data Protection Authorities.

Dengan mengakses dan menggunakan Laman ini, anda memahami dan bersetuju untuk memindahkan Data Peribadi anda ke luar Malaysia seperti yang dinyatakan.

TAHAP KESELAMATAN: SANOFI AKAN MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA

Kami telah melaksanakan pelbagai prosedur dan langkah berteknologi dan organisasi bagi memastikan integriti dan kerahsiaan data peribadi anda daripada akses, penggunaan dan pendedahan yang tidak sah. Langkah-langkah ini diambil termasuklah dari aspek teknologi, kos perlaksanaan dan sifat, rangkuman, konteks dan tujuan memproses serta risiko kemungkinan lain-lain dan keamatan hak dan kebebasan individu.

Contohnya, kami menyimpan data peribadi anda pada pelayan yang mempunyai pelbagai jenis akses teknikal dan kawalan fizikal, yang mana mungkin merangkumi contohnya, jika berpatutan, enkripsi. Kami juga mungkin menggunakan agregat, nama samaran atau tanpa nama data peribadi bagi memastikan bahawa tiada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti dikomunikasikan kepada pihak ketiga.

BERAPA LAMA: KAMI HANYA AKAN MENYIMPAN DATA PERIBADI JIKA PERLU

Sanofi hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk mencapai tujuan seperti yang dinyatakan dalam Notis ini. Dalam keadaan terkecuali, Sanofi mungkin perlu mengekalkan data peribadi untuk tempoh lebih lama seperti yang dibenarkan undang-undang, menurut hak dan keperluan untuk melindungi dan/atau yang diperlukan oleh polisi relevan Sanofi.

Hak anda: Sanofi akan memastikan anda boleh menuntut hak anda berkaitan data peribadi anda

Anda boleh menuntut hak anda seperti yang tertakluk pada undang-undang data perlindungan. Justeru, Sanofi memaklumkan anda berhak atas:

  • Memohon salinan data peribadi anda yang dimiliki Sanofi;
  • Membetulkan data peribadi anda jika tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemas kini;
  • Menarik diri daripada memberi kebenaran pemprosesan Data Peribadi anda yang dimiliki Sanofi.

Jika anda mahukan sebarang tuntutan hak tersebut, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bahagian “Cara Hubungi Kami” di bawah dan kami akan melakukan langkah yang diperlukan seterusnya dan akan memberi maklum balas secepat mungkin. Kami mungkin mengenakan caj pemprosesan menurut permintaan di atas.

Berkenaan hak anda mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, Sanofi mempunyai hak untuk menafikan permintaan anda mengakses dan/atau melakukan sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi atas sebab yang dibenarkan oleh undang-undang, seperti jika mana memberikan akses kepada anda merangkumi risiko penyalahgunaan anda atau privasi individu lain.

Jika anda tidak mahu Data Peribadi anda dikumpul melalui kuki pada Laman, anda boleh memadam kuki daripada cakera keras komputer anda atau enggan menerima kuki dengan menukar tetapan pada pelayar Internet anda. Sila rujuk Polisi Kuki.

CARA HUBUNGI KAMI

Sanofi sentiasa terbuka menerima sebarang pertanyaan atau komen anda berkenaan Notis ini atau perlaksanaanya. Sila hantarkan soalan atau komen anda, termasuklah sebarang permintaan tentang penggunaan data peribadi anda oleh Sanofi kepada Pegawai Perlindungan Data Sanofi ke:

Tel: +603 7651 0800
Faks: +603 7651 0801
Emel: MYSGBN_privacy.officer@sanofi.com
Alamat: Unit TB-18-1, Level 18, Tower B, Plaza 33, No.1 Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 9am - 6pm bermula Isnin - Jumaat (kecuali Cuti Umum)